fbpx

Kerajaan luluskan SOP Gelembung Pelancongan Antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 hari ini bersetuju dengan cadangan prosedur operasi standard (SOP) yang dibentangkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berhubung Gelembung Pelancongan Antarabangsa (Inbound) bagi Projek Rintis Pulau Langkawi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun pelancong antarabangsa yang berhasrat memanfaatkan gelembung pelancongan antarabangsa itu perlulah memenuhi syarat dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Antara SOP yang perlu dipatuhi ialah melalui pra perlepasan meliputi kumpulan sasar yang terdiri daripada individu lengkap vaksinasi, pelancong berkualiti (high yield) dan pelancong daripada senarai negara yang dibenarkan tertakluk kepada Jabatan Imigresen (JIM) atau Kementerian Kesihatan (KKM) atau Kementerian Luar Negeri (KLN).

“Tempoh tinggal bagi pelancong sekurang-kurangnya tiga hari dan tiada syarat kuarantin dikenakan (terpakai untuk Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi sahaja),” katanya dalam satu kenyataan di sini harini.

Selain itu katanya, pelancong juga perlu menjalani ujian PCR-RT Covid-19 72 jam sebelum berlepas dan keputusan ujian wajib disediakan dalam bentuk digital atau cetakan.

Dalam pada itu katanya, projek rintis tersebut dijalankan selama tiga bulan bagi KKM dan MKN menilai keberkesanannya sebelum dilaksanakan di pulau-pulau peranginan serta kawasan pelancongan yang lain. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI