fbpx

Kemudahan vaksinasi lengkap diperluas untuk remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang remaja sedang menerima suntikan vaksinasi. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 hari ini telah bersetuju agar kemudahan vaksinasi lengkap untuk golongan dewasa ketika ini turut diperluaskan kepada golongan remaja yang telah divaksin lengkap.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini bermakna syarat vaksinasi lengkap bagi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun akan dinyatakan dalam semua prosedur operasi standard (SOP).

“Bagaimanapun, ia tidak akan dilaksanakan serta merta. Pihak kerajaan akan selaraskan kemudahan-kemudahan berkaitan dan memberi golongan remaja ‘grace period’ selama tiga minggu atau sehingga pertengahan bulan November.

“Tempoh ini adalah bagi memastikan kira-kira 80 peratus remaja yang telah menerima dos pertama ketika ini, selesai divaksin lengkap,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI