fbpx

Ginjal babi berfungsi dalam manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN bedah NYU melakukan prosedur transplan ginjal babi pada seorang pesakit pada 25 September lalu. - AFP

WASHINGTON –  Sebuah pasukan perubatan Amerika Syarikat (AS) berjaya menyambung ginjal babi buat sementara waktu pada manusia dalam pembedahan yang dianggap ‘keajaiban berpotensi’ oleh pakar bedah yang mengetuai implan tersebut.

Pembedahan pada 25 September lalu itu melibatkan haiwan penderma yang diubah secara genetik dan pesakit mati otak yang hidup menggunakan mesin ventilator. Keluarga pesakit berkenaan memberikan izin untuk eksperimen dua hari itu demi kemajuan sains.

“Ginjal itu melakukan apa yang sepatutnya dilakukan  iaitu membuang kumuhan dan menghasilkan air kencing,” kata, Pengarah Institut transplan di Universiti New York  Langone (NYU), Robert Montgomery kepada wartawan AFP.

Organ tersebut  dapat mengurangkan tahap molekul kreatinin iaitu  petunjuk utama kesihatan buah pinggang pada pesakit sebelum prosedur transplan.

Montgomery melakukan operasi itu bersama  beberapa pakar lain selama sekitar dua jam.

Mereka menyambung buah pinggang babi itu pada saluran darah bahagian atas salah satu kaki pesakit. Ia dilakukan supaya mereka  dapat memerhatikan sama ada ia berfungsi dan mengambil sampel biopsi.

Pesakit itu  ingin menjadi penderma organ dan keluarga mereka pada awalnya kecewa apabila diberitahu bahawa buah pinggang orang yang mereka sayangi tidak sesuai bagi tujuan tersebut, kata Montgomery.

“Namun, mereka berasa lega kerana ini adalah peluang lain untuk menderma,” katanya. Beliau memberitahu, mesin ventilator ditanggalkan daripada pesakit dan dia meninggal dunia setelah menjalani eksperimen itu selama 54 jam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI