fbpx

Bruce bakal bersara selepas kena pecat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRUCE bersetuju dengan pampasan sebanyak £8 juta bagi meninggalkan Newcastle selepas kelab diambil alih secara rasmi PIF Arab Saudi dengan nilai £300 juta.

LONDON – Pasukan terkaya Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United sudah mula mencongak perancangan bagi mencari barisan kejurulatihan baharu selepas mengambil keputusan untuk memecat pengurus, Steve Bruce dengan persetujuan bersama secara rasmi kelmarin.

Sebagai rekod, situasi pemecatan Bruce telah dijangka apabila Newcastle sah menjadi kelab terkaya dunia selepas diambil alih secara rasmi oleh konsor­tium yang diketuai Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi dengan nilai £300 juta (RM1.7 bilion).

Difahamkan, skuad The Magpies sudah ada senarai pendek calon pengurus yang diinginkan dengan meletakkan bekas pengendali AS Roma, Paulo Fonseca sebagai calon utama diikuti Eddie Howe (bekas pengendali Bournemouth) dan Lucian Favre (bekas pengendali Borussia Dortmund).

Fonseca ketika ini masih belum memiliki sebarang jawatan selepas dipecat daripada kelab Itali, AS Roma pada penghujung musim lalu ekoran prestasi hambar dan digantikan dengan pengendali berpengaruh Portugal, Jose Mourinho.

Sementara itu, Bruce yang bersetuju dengan pampasan sebanyak £8 juta (RM46 juta) mengakui mungkin bakal bersara daripada menjadi jurulatih kelab bola sepak memandangkan usianya kini sudah mencecah 60 tahun.

“Saya rasa menjadi pengurus Newcastle United adalah tugasan terakhir saya di lapangan bola sepak dan mungkin keputusan bersara sepenuhnya akan diumumkan secara rasmi selepas ini kerana sudah tiba masanya untuk memberi tumpuan kepada keluarga.

“Secara jujur, bukan tugas yang mudah untuk membim­bing Newcastle sejak 2019 dengan segala kecaman dilontarkan oleh pihak luar termasuk penyokong kami. Namun, saya terima dengan tangan terbuka dan anggap apa yang dilalui sebagai pengalaman berharga,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI