fbpx

Abang bakar rumah untuk bunuh ‘lembaga hitam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafidah (dua dari kiri) bersama anak dan keluarga adiknya, Rasiah (tiga dari kanan) yang kini menumpang di sebuah rumah di Tanjung Sedili, Kota Tinggi baru-baru ini.

KOTA TINGGI – Dua beradik yang masing-masing sudah mempunyai keluarga terpaksa menumpang di rumah sewa adik bongsu mereka di Pekan Tanjung Sedili di sini, selepas rumah sewa mereka hangus terbakar dalam kejadian pada 14 Oktober lalu.

Rafidah Hussin, 46, berkata, rumah sewanya dan adik keenam, Rasiah, 40, hangus selepas dibakar abang sulung mereka yang didakwa mengalami ‘gangguan’ halusinasi.

Berikutan tiada tempat berteduh katanya, mereka terpaksa menumpang di rumah sewa adik bongsu yang merupakan ibu tunggal kepada lima orang anak.

“Abang dakwa dia cuba bunuh lembaga hitam di mana akhir­nya dia mencederakan dirinya sendiri.

“Sebelum bakar rumah sewa adik yang terletak sebelah rumah saya, abang sempat memaklumkan kepada adik supaya menghubungi pihak bomba.

“Kami maklum dia ada ambil barang terlarang, namun dia seorang abang yang sangat baik dan bertanggungjawab. Sungguh pun begitu, dia keluar bekerja sebagai nelayan kerana menanggung ibu,” katanya ketika ditemui di sini.

Tambahnya, abangnya juga seorang yang baik suka berbelanja untuk anak-anak buahnya dan juga sering memperuntukkan lebihan ikan bila ke laut buat memberi makan kucing terbiar.

Kata Rafidah, abangnya juga selama ini tidak pernah ada kemurungan sehinggalah dia berke­nalan dengan seorang wanita dari Indonesia yang sering me­minta wang daripadanya.

Jelasnya, dia mendakwa sejak berkenalan dengan wanita itu, abangnya ada memaklumkan kepada adiknya bahawa dia dalam ketakutan sehinggalah dia bertindak membakar rumah sewa mereka.

“Sebagai adik, saya bukan hendak puji abang tetapi semua orang yang kenal dia mengatakan dia baik kerana masih bekerja dan tidak susahkan orang.

“Dia tidak akan menyusahkan orang lain, bila dia ‘sakit’ dia akan pergi sendiri ke klinik. Jika niatnya untuk membunuh kami dengan membakar rumah tentu awal-awal lagi dia buat,”ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI