fbpx

Warga emas hilang dalam kebun kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang menjalankan operasi mencari warga emas yang dilaporkan hilang dalam kebun kelapa sawit di Tanjung Tualang, Batu Gajah.

BATU GAJAH – Bantuan pasukan bomba diminta bagi mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Air Papan, Tanjung Tualang dekat sini.

Mangsa yang berumur 85 tahun dipercayai hilang kira-kira pukul 9 pagi semalam sebelum kejadian itu dilaporkan kepada polis.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan daripada polis bagi membantu mencari mangsa pada pukul 11.30 tengah hari tadi.

Menurut jurucakap itu, operasi mencari dijalankan melibatkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah dibantu beberapa agensi penyelamat lain.

“Maklumat daripada pihak polis terdapat seorang lelaki Melayu warga emas didapati hilang semalam di sekitar kebun kelapa sawit di belakang rumah mangsa pada pukul 9 pagi semalam.

“Operasi pencarian dilakukan di kawasan sekitar kebun kelapa sawit itu diketuai komander operasi bomba, PPgB Mohd. Norshah Shahri,” ujar jurucakap tersebut.

Sehingga petang kawasan pencarian diluaskan pada jarak radius enam kilometer melibatkan 34 orang anggota pelbagai agensi dibantu penduduk kampung.

Operasi pencarian bagaimana pun ditangguhkan pada pukul 6 petang tadi dan disambung esok. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI