fbpx

Tiga penunggang motosikal diburu menyerah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI tujuh penunggang motosikal yang menunggang secara berbahaya tular di media sosial Facebook.

PORT DICKSON – Tiga lagi penunggang motosikal yang diburu selepas satu video tular di media sosial Facebook memaparkan mereka menunggang secara berbahaya di Lebuh Raya Seremban – Port Dickson telah menyerah diri kepada pihak polis petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Superitenden Aidi Sham Mohamed berkata, tiga suspek berusia 17 hingga 18 tahun yang dikenali sebagai ‘Upa’, ‘Darwisy’ dan ‘Afiq’ telah hadir ke Balai Trafik Port Dickson pada pukul 4.20 petang untuk menyerah diri.

“Salah seorang suspek merupakan pelajar sekolah manakala dua lagi bekerja sebagai pencuci kereta dan pengimpal.

“Ketiga-tiga suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut dan dengan tangkapan keseluruhan tujuh penungang motosikal, pihak polis telah berjaya menyelesaikan kes yang berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam empat suspek telah ditahan di lokasi berasingan di kawasan Bukit Rambai dan Cheng, Melaka.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, polis sedang mengesan tujuh individu yang menunggang motosikal secara berbahaya di Lebuh Raya Seremban – Port Dickson seperti dipaparkan dalam video yang tular di media sosial pada Ahad lalu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI