fbpx

Tidak sempat jual dadah di paya bakau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah yang dirampas daripada suspek

KUALA SELANGOR – Seorang ‘tokan’ dadah tidak sempat meraih untung apabila diberkas ketika ingin menjual dadah di kawasan paya bakau Bagan Pasir di sini semalam.

Suspek berusia 52 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 12.30 tengah hari oleh Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA)

Pegawai Pemerintah Batalion itu, Superintendan Rizal Mohamed berkata, suspek dipercayai baharu mendapat bekalan dadah itu daripada pembekal tempatan.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek telah terlibat dalam pengedaran dadah sejak sebulan lalu.

“Hasil pemeriksaan terhadap suspek menemui dadah seberat 42.10 gram (g) dari jenis heroin, syabu dan erimin 5 yang disembunyikan di dalam sebuah bekas plastik.

“Nilai anggaran dianggarkan RM1,415,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau memberitahu, penangkapan itu berjaya memutuskan salah satu aktiviti pengedaran dadah di sekitar Bagan Pasir.

Tegas Rizal, suspek dan barangan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Tanjung Karang untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39 B, 39A(1) dan 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI