fbpx

Tanah runtuh, pokok tumbang di Tanjung Jaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang di Tanjung Jaga akibat hujan lebat pada semalam.

YAN – Hujan lebat berterusan selama beberapa jam pada semalam turut mengakibatkan tanah runtuh dan pokok tumbang di kawasan lereng bukit di Kilometer 48.4 Tanjung Jaga di sini.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan membabitkan orang awam dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Susulan kejadian itu, laluan utama yang menghubungkan Pekan Yan ke Singkir  dekat sini berkenaan ditutup buat sementara waktu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Yan, Tunku Iskandar Shah Tunku Muzaffar Shah berkata, hasil pemantauan yang dilakukan mendapati runtuhan melibatkan kawasan sepanjang 30 meter dan setinggi 12 meter.

Kata beliau, kerja-kerja pembersihan sedang giat dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama agensi dan jabatan berkaitan sejak pagi tadi.

“Selain di Tanjung Jaga, pemantauan di beberapa kawasan berisiko tanah runtuh turut dilakukan antaranya di sekitar hulu Sungai Seri Perigi, Titi Hayun dan Batu Hampar.

“Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) turut melakukan pemantauan cerun-cerun berisiko sepanjang jalan ke puncak Gunung Jerai,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kawasan Pekan Yan sudah kembali pulih selepas ditenggelami air selama beberapa jam malam semalam.

Katanya, pihaknya bersama agensi dan jabatan berkaitan sedang melakukan bancian berkaitan kerosakan terlibat.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI