fbpx

Rakyat Malaysia ditawar peluang pekerjaan di UAE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan (kanan) mengadakan kunjungan hormat terhadap Abdulrahman di Dubai semalam.

PUTRAJAYA – Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menawarkan kemungkinan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang berada di negara tersebut melalui perjanjian bilateral bagi golongan profesional dan pekerja berkemahiran tinggi.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, perkara tersebut akan dibincangkan dengan lebih mendalam antara pegawai-pegawai kanan kedua-dua negara.

“Sehingga kini, terdapat lebih 6,000 rakyat Malaysia yang bekerja di UAE terutamanya dalam sektor petroleum dan kesihatan.

“Selain itu, pihak UAE juga telah berkongsi mengenai kaedah sistem pembayaran gaji yang dilaksanakan di negara berkenaan yang mana ia dilihat sebagai sebuah sistem yang berkesan serta melindungi kepentingan pekerja asing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tentang kunjungan hormat yang dilakukannya terhadap rakan sejawatnya, Dr. Abdulrahman Abdulmannan Al Awar di Dubai semalam.

Saravanan berkata, dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak telah berkongsi pendapat dan bertukar-tukar pandangan tentang isu-isu berkaitan dengan aspek perburuhan dan pengurusan sumber manusia.

Katanya, ia termasuklah pengurusan pekerja asing, sistem pembayaran gaji yang lebih sistematik, serta pembangunan kemahiran dan sumber manusia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI