fbpx

Pusat santuari gajah jadi produk pelancongan baharu Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim (kanan) berkenan menerima menghadap Hazlina (tengah) dan Aminuddin (kiri) di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, Johor hari ini.-Foto ROYAL PRESS OFFICE

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, Pusat Santuari Gajah (JES) di Kota Tinggi mampu menjadi produk pelancongan baharu di negeri ini.

Sultan Ibrahim turut bertitah, JES itu juga berupaya meningkatkan kualiti habitat haiwan berkenaan.

Terdahulu, Baginda Sultan berkenan menerima mengadap Pegawai Daerah Kota Tinggi, Hazlina Jalil dan Pengarah Perhilitan Johor, Aminuddin Jamin di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, hari ini.

Pada pertemuan itu, Aminuddin turut mempersembahkan taklimat pelaksaaan dan perkembangan penyelarasan Projek Santuari Gajah Johor kepada Sultan Johor.

Menurut Aminuddin, tujuan pembinaan pusat berkenaan antara lain bagi memperkasakan pengurusan gajah di negeri ini dengan mengurangkan masalah gangguan gajah-gajah liar di kawasan pertanian serta penempatan.

Santuari itu turut berperanan menyediakan peluang aktiviti berasaskan eko-pelancongan lestari dan mampu menjana sosio-ekonomi penduduk setempat.

Kata Aminuddin, komponen pembangunan yang telah disiapkan dalam Fasa 1 meliputi padok gajah, padang ragut, jambatan, jalan masuk utama, bangunan pentadbiran, serta berek pekerja.

Pusat berkenaan dijangka dibuka kepada orang awam selepas berakhirnya Fasa 2 pada tahun 2025, bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pelawat yang berkunjung.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI