fbpx

Polis Johor lumpuhkan pusat operasi Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan menunjukkan carta aliran operasi sindiket Macau Scam yang ditumpaskan Polis Johor dalam sidang akhbar di IPK Johor, hari ini. Foto KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Polis Johor berjaya melumpuhkan kegiatan sindiket penipuan Macau Scam yang menawarkan gaji RM3,000 sebulan dan peluang kerjaya di luar negara dalam beberapa operasi yang dijalankan pada 15 dan 19 Oktober lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sindiket yang baharu beroperasi selama seminggu itu lumpuh selepas lapan anggotanya ditahan dalam serbuan termasuk di sebuah restoran di Kampung Tahana 2, Larkin dan sebuah rumah di Taman Saga, Kulai dekat sini.

Dua suspek yang sedang diburu.

Menurutnya, kesemua yang ditahan merupakan lelaki warga tempatan dan berusia antara 21 hingga 43 tahun yang berperanan sebagai pengajar, tukang tulis skrip, ejen dan juga operator pusat panggilan Macau Scam yang berpusat di Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

“Modus operandi sindiket ini adalah dengan melatih pekerja baharu tentang teknik penipuan dengan menyamar sebagai pegawai polis, kastam dan Bank Negara Malaysia.

“Mereka diberi tawaran gaji sebanyak RM3,000 sebulan dan komisen tiga peratus bagi setiap hasil penipuan yang berjaya dilakukan,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Tambah beliau, sindiket berkenaan juga dikesan aktif merekrut pekerja untuk bertugas di pusat panggilan Macau Scam di luar negara antaranya Kemboja, Dubai dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Kata Ayub, pihaknya masih mengesan dua lelaki iaitu Su Hao Shou, 33, yang beralamat di Taman Stulang, di sini dan Mohamad Khairuddin Syah, 25, yang beralamat di Taman Damai Jaya, Skudai.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI