fbpx

Pengurangan bayaran rawatan dialisis buat pesara polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
THE Raj (kanan) dan Timbalan Pengerusi Persatuan Pesara Polis Negeri Sembilan, Mokhtar Omar (kiri) bertukar dokumen selepas  menandatangani MoU di antara kedua-dua pihak di Seremban, hari ini sambil diperhatikan oleh Alias.

SEREMBAN – Golongan pesara polis di Negeri Sembilan yang merupakan pesakit buah pinggang berpeluang menerima manfaat pengurangan bayaran bagi perkhidmatan dialisis.

Ketua Pegawai Eksekutif NSCMH Dialysis Care, Ethe Raj berkata, pengurangan bayaran perkhidmatan itu adalah bertujuan menghargai jasa bekas petugas barisan hadapan termasuk keluarga mereka.

Katanya, usaha itu adalah untuk jangka panjang dan pihaknya akan mencari lebih banyak sumber bagi membantu pesara polis yang memerlukan perkhidmatan dialisis.

“Sebanyak RM2,300 hingga RM3,000 kos yang diperlukan bagi 13 sesi selama sebulan bagi pesakit dialisis dan tidak termasuk kos perubatan lain.

“NSCMH Dialysis Care kini mempunyai 12 cawangan termasuk di ibu pejabat di Seremban, sehubungan itu, dengan fasiliti seperti ini dan kepakaran yang sedia ada, kami boleh menerima pesara-pesara polis yang memerlukan rawatan dialisis,” katanya di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI