fbpx

Pengantin wanita peluk erat lelaki lain sewaktu bersanding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan pengantin wanita yang memeluk seorang lelaki dengan erat di atas pelamin. - TikTok

JAKARTA – Sebuah video yang memaparkan aksi seorang pengantin perempuan yang memeluk lelaki lain ketika sedang bersanding menjadi tular di media sosial, lapor laman Suara.com semalam.

Dalam video itu juga, pengantin lelaki dilihat hanya berdiri kaku dan melihat tindakan isterinya itu.

Menerusi rakaman video yang tular di akaun TikTok itu, pengantin perempuan dilihat memeluk erat seorang lelaki yang memakai sehelai baju kemeja bercorak batik sambil menangis.

Netizen yang menonton video itu kemudiannya meninggalkan pelbagai reaksi menerusi ruang komen.

“Mungkin itu abang kesayangannya,” tulis seorang netizen.

“Pengantin lelakinya kelihatan seperti keliru,” tulis seorang netizen lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI