fbpx

Pekerja tapak binaan langgar Akta Imigresen ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Imigresen melakukan pemeriksaan terhadap pekerja asing. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 210 lelaki dan tiga wanita warga asing ditahan menerusi serbuan oleh Jabatan Imigresen (JIM) di Tapak pembinaan di Wangsa Maju, Setapak, dekat semalam.

Melalui operasi bersepadu yang dijalankan oleh JIM, Putrajaya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), seramai 254 pekerja asing telah diperiksa.

JIM dalam satu kenyataan berkata, seramai 213 pekerja binaan warga asing terdiri daripada 210 lelaki dan tiga wanita ditahan selepas didapati terbabit dalam pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Semua warga asing yang ditahan terdiri daripada 172 warga Bangladesh diikuti Indonesia (20 orang), Pakistan (10 orang), Vietnam (enam orang), India (tiga orang) dan Myanmar (dua orang),” ujarnya.

Menurutnya, antara kesalahan yang dikenal pasti adalah mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963, Seksyen 15(1)(c) akta sama serta Perkara 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Semua pekerja warga asing yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya untuk proses dokumentasi,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI