fbpx

Mukhairi dilantik kapten skuad B-22

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUKHAIRI (empat dari kiri) menerima lilitan kapten daripada Hamidin dalam pertemuan skuad B-22 kebangsaan bersama Presiden FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

PEMAIN tengah Selangor FC, Mukhairi Ajmal dinamakan sebagai kapten buat skuad bawah 22 tahun (B-22) negara yang bakal mengharungi aksi kelayakan Piala­ Asia B-23 di Ulaanbatar, Mongolia bermula 25 Oktober ini.

Perkara itu disahkan selepas skuad kendalian Brad Maloney bertemu dengan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

“Hamidin mengadakan pertemuan dengan barisan pemain dan pegawai skuad B-22 sebelum mereka berlepas ke Ulaanbaatar, Mongolia malam ini (semalam) bagi menghadapi kelayakan Piala Asia B-23 bermula 25 hingga 31 Oktober depan.

“Pertemuan itu disertai oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi dan Datuk S. Sivasundaram; Naib Presiden FAM, Datuk Posa Majais yang merangkap Pengurus Pasukan serta Setiausaha Agung FAM, Mohd. Saifuddin Abu Bakar.

“Selain memberikan amanat dan kata-kata semangat, Hamidin turut menyarungkan lilitan lengan kapten kepada Mukhairi, manakala dua pemain pertahanan, Harith Haiqal Adam Afkar dan Ahmad Zikri Mohd Khalili dinamakan sebagai penolong ketua pasukan,” kata FAM dalam satu kenyataan.

Sebagai rekod, Mukhairi yang baru berusia 20 tahun dianggap sebagai salah seorang pemain muda berbakat negara dan telah membuat kemunculan debut bersama skuad Harimau Malaya pada aksi bertemu Jordan dan Uzbekistan awal bulan ini.

Skuad negara dijadualkan menentang Laos pada 25 Oktober, Mongolia (28 Oktober) dan perlawanan terakhir berdepan Thailand (31 Oktober) bagi merebut slot automatik pada kejohanan Piala Asia B-23 2022 di Uzbe­kistan tahun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI