fbpx

Kutipan e-waste sudah melepasi separuh sasaran ditetapkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUAN IBRAHIM ketika berucap pada sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2021 secara maya hari ini. – Foto Ihsan Jabatan Alam Sekitar

PUTRAJAYA – Jumlah kutipan sisa elektronik atau e-waste yang dikitar semula tahun ini sudah melepasi lebih separuh daripada sasaran ditetapkan Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Pencapaian di luar jangkaan itu disahkan sendiri oleh menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berucap pada sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2021, hari ini.

“Berdasarkan maklumat yang diperoleh, setakat bulan lalu, kita telah pun berjaya mengumpul sebanyak 432 tan e-waste daripada sasaran 800 tan untuk sepanjang tahun ini,” katanya.

Pengumpulan e-waste tahun ini melibatkan 178 pusat kutipan dan 21 fasiliti pemulihan di seluruh negara dengan Selangor paling banyak di negara ini iaitu 58 premis yang disediakan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI