fbpx

Kontroversi bual bicara rogol, Astro Warna mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEGHAIRAHAN Fauzi Nawawi memperincikan adegan rogol yang dijayakan mengundang padah apabila dikecam hebat segenap pihak.

PETALING JAYA – Selepas tiga hari paparan kandungan ‘jenaka rogol’ menerisi program Rumah No.107 hangat diperkatakan, saluran Astro Warna selaku penyiar akhirnya tampil memohon maaf atas kekecohan tang berlaku.

“Baru-baru ini tular di platform media sosial mengenai klip video salah sebuah program terbitan Astro Warna, Rumah No.107.

“Kami di Astro Warna ingin menegaskan bahawa kami memandang serius akan perkara ini.

“Kami sentiasa berpegang kepada prinsip untuk tidak berkompromi dengan hal-hal berkaitan gangguan seksual dan diskriminasi ke atas wanita, sama ada dari segi perbuatan mahupun tutur kata (secara lisan),” kata pihak berkenaan.

Unit penerbitan Astro Warna turut berjanji akan lebih berhati-hati dan peka dengan pengisian yang bakal dijadikan input dalam rancangan sketsa bual bicara pada masa akan datang.

Terdahulu, klip video daripada Rumah No.107 tular menerusi Twitter selepas pelakon, Fauzi Nawawi memperincikan adegan rogol lakonannya bersama Raja Farah dalam filem Anak Halal terbitan tahun 2007.

Rata-rata netizen mempersoalkan pendedahan tersebut yang disifatkan tidak sopan apabila seakan membuka aib seorang wanita apatah lagi kata-katanya disambut gelak tawa hos dan artis jemputan lain.

Menyedari ketelanjurannya, Fauzi, 48, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka, begitu juga seorang lagi pelakon yang juga hos bersama program berkenaan, Khir Rahman. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI