fbpx

Jalan Pulau Mampat-Seberang Batu Hampar sudah dibaiki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jalan Pulau Mampat-Seberang Batu Hampar, di sini, yang terputus dua, petang semalam kini sudah boleh dilalui kembali oleh semua jenis kenderaan bermula pukul 6 pagi tadi. - NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Laluan di Jalan Pulau Mampat-Seberang Batu Hampar di sini yang terputus dua, petang semalam kini sudah boleh dilalui kembali oleh semua jenis kenderaan bermula pukul 6 pagi tadi.

Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR), Ir. Mohd. Fareid Isa berkata, pihaknya telah mengambil tindakan pantas dengan melaksanakan kerja-kerja pembaikan sejak menerima aduan berlakunya kejadian berkenaan pukul 4 petang semalam.

Menurutnya, keadaan hujan lebat luar jangka menyebabkan tanah di kiri dan kanan pembentung yang sedang dinaik taraf runtuh dibawa arus deras.

“Bagaimanapun, kita telah mengambil langkah segera bagi membolehkan laluan ini digunakan kembali oleh penduduk bermula pukul 6 pagi tadi.

“Susulan kejadian banjir kilat semalam, tiga laluan ditutup sementara iaitu Jalan N107 (Jalan Pulau Mampat-Seberang Batu Hampar); jalan N09 (Jalan Linggi – Pedas); N102 (Rantau- Chembong). Manakala, satu lagi laluan iaitu FT005 (Lubuk Cina- Port Dickson) masih lagi ditutup dari sebarang kenderaan,” katanya ketika dihubungi tadi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI