fbpx

Jakim anjur MTQJK bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran Johan-Johan Kebangsaan (MTQJK) yang akan berlangsung selama lima hari bermula esok hingga 26 Oktober ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, program itu akan berlangsung secara maya di Studio Utama Yusoff dan Studio Mini Al-Qasas di Kompleks Islam Putrajaya dan 10 Studio RTM Negeri di seluruh negara.

Beliau berkata, MTQJK akan disiarkan secara langsung di TV1 pada 22, 24 dan 25 Oktober 2021 dan juga di TV OKEY pada 23 dan 26 Oktober mulai pukul 9 hingga 10.30 malam.

“MTQJK adalah program julung-julung kalinya diadakan sebagai alternatif kepada Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1442H/2021M yang telah ditangguhkan berikutan penularan Covid-19.

“MTQJK adalah kelangsungan kepada usaha menyemarakkan pembudayaan al-Quran dalam kalangan masyarakat di Malaysia dan dianjurkan oleh Jakim dengan kerjasama RTM, RTM Negeri-negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN) serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Abdul Aziz berkata, MTQJK akan dirasmikan esok oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, manakala majlis penutup pula akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 26 Oktober.

Beliau berkata, seramai 26 orang Qari dan Qariah Johan-Johan Tilawah Kebangsaan dan jemputan khas yang mewakili semua negeri bakal menyertai acara itu.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI