fbpx

Izreen dimaki kes lama, Ude minta netizen bertaubat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UDE bersama isterinya, Izreen.

PETALING JAYA – Tidak tahan melihat isteri tercinta, Izreen Azminda yang masih dalam pantang berterusan diganggu dengan cacian dan makian berhubung kisah lama, suaminya, Ude Ahmad tampil menyelar sikap netizen.

Pemzik berusia 33 tahun itu mempersoalkan sikap sesetengah pihak yang sanggup melakukan perkara tidak berfaedah semata-mata disebabkan perasaan tidak senang melihat mereka menjalani kehidupan bahagia.

“Sudah-sudah la korang (kalian) ni nak ganggu rumah tangga aku. Apalah yang korang semua tak puas hati sangat? Tak bolehkah tengok aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang.

“Aku tak kacau hidup korang pun kan. Tak ganggu hidup korang pun kan. Tak habis-habis nak ganggu isteri aku yang dalam pantang. Aku tak faham betul manusia macam ni.

“Aku tak boleh ‘brain’. Hentikan benda tak berfaedah ini,” luahnya menerusi Instagram Story.

Izreen bergelar isteri kepada Ude atau nama sebenar Muhammad Radzi Abdul Wahid, 33, itu baru melahirkan cahaya mata kedua mereka pada 20 September lalu.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Izreen,36, dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia lapan tahun manakala Ude pula mempunyai dua orang anak lelaki berumur enam dan tiga tahun.

Dalam perkongsian lain Ude turut meluahkan rasa terkilan apabila anak-anak mereka yang tidak berdosa turut menjadi mangsa kebencian orang ramai menerusi media sosial.

Tegasnya, individu yang sanggup meninggalkan mesej untuk memaki hamun kanak-kanak tidak berdosa seharusnya bertaubat supaya diampunkan segala dosa.

“Nak DM (mesej langsung) sampai hina anak kami yang tak bersalah ini. Apa dosa budak tu dengan korang semua? Bertaubatlah. Semoga Allah ampunkan dosa kita semua.

Sebelum ini, perkahwinan pasangan mencetuskan kontroversi selepas Izreen membuat pendedahan tentang pernikahan mereka yang dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertama Ude, Intan Liana Saleh.

Kedua-duanya sempat bermadu namun Ude kemudian melafazkan talak satu kepada Intan pada 22 Mac 2018 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, selepas lima bulan tidak tinggal sebumbung. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI