fbpx

Isu arak Timah: Hormat sensitiviti umat Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. Ihsan Media Sosial

PUTRAJAYA – Penggunaan jenama arak dengan perkataan bahasa Melayu seperti Timah amatlah tidak wajar sama sekali.

Itu penjelasan diberikan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi artikel Bayan Linnas Siri Ke-244: Jenama Arak: Hormati Sensitiviti Muslim yang dikeluarkan hari ini.

PMWP berkata, jenama itu mesti ditarik dan diubah serta-merta, manakala gambar yang digunakan juga hendaklah tidak menyentuh sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.

Menurutnya, pihak berkaitan dinasihat supaya lebih sensitif dan peka terhadap isu-isu sebegini kerana ia berpotensi mengancam perpaduan dan keamanan masyarakat berbilang kaum.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI