fbpx

Griezmann punca Atletico tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INSIDEN Griezmann mengangkat tinggi kakinya sehingga terkena kepala Firmino lalu mengakibatkan dia dilayangkan kad merah di Stadium Wanda Metropolitano awal pagi semalam. – AGENSI

MADRID – Layangan kad merah kepada Antoine Griezmann dilihat sebagai punca utama Atletico Madrid tewas 2-3 kepada Liverpool dalam pertembungan sengit aksi Liga Juara-Juara di Stadium Wanda Metropolitano awal pagi semalam.

Griezmann, 30, diarahkan keluar padang selepas didakwa tidak sengaja menendang muka penyerang Liverpool, Roberto Firmino pada minit ke-52.

Ia menyaksikan penyerang Perancis itu mencipta sejarah tersendiri sebagai pemain pertama dalam kancah Liga Juara-Juara menerima kad merah selepas meledak dua gol.

PENGADIL perlawanan melayangkan kad merah kepada Griezmann (tengah) selepas mengasari Roberto Firmino (duduk) pada aksi Liga Juara-Juara di Stadium Wanda Metropolitano awal pagi semalam. – AGENSI

Dua gol Griezmann pada minit ke-20 dan 34 membolehkan Atletico bangkit menyamakan kedudukan selepas The Reds terlebih dahulu mendahului 2-0 menerusi Mohamed Salah dan Naby Keita seawal minit kelapan serta 13.

Bagaimanapun, kad merah Griezmann membolehkan Liverpool bangkit untuk meraih tiga mata selepas Salah menyempurnakan sepakan penalti untuk meledak gol kemenangan 3-2 pada minit ke-78.

Sementara itu, ketua jurulatih Atletico, Diego Simeone menjelaskan tindakannya enggan bersalaman dengan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp apabila terus meluru ke terowong bilik persalinan sejurus tamat aksi tersebut.

“Saya tidak pernah bersalaman selepas tamat perlawanan kerana saya tidak suka. Ia tidak sihat buat mana-mana individu sama ada pemenang atau yang kalah.

“Itulah pandangan saya tetapi sekarang ia menjadi satu masalah besar. Selepas ini saya akan bersalam dengan semua orang,” kata Simeone. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI