SEBELUM ini, beberapa nama selebriti tanah air terpalit dengan kes pengubahan wang haram hanya disebabkan ada hubungan baik atau berkawan dengan individu yang terbabit.
Selepas dihitung, sudah hampir setahun kes tersebut berlaku dan tiba-tiba satu hantaran dalam Instagram Emma Maembong mencuri perhatian ramai.
Semuanya gara-gara Emma hadir dan bergambar dengan pasangan yang dikatakan terbabit dengan kes wang haram dalam sebuah majlis baru-baru ini.
Tidak dinyatakan mengenai hubungan antara mereka, Emma juga dilihat menutup ruangan komen bagi hantaran tersebut. Barangkali tidak ‘kuasa’ hendak melayan pertanyaan netizen mengenai kehadirannya pada majlis tersebut.
Mungkin mereka berkawan baik atau hanya kenalan rapat. Bersangka baik sajalah semua, asalkan mereka tidak melakukan perkara buruk, itu sudah cukup baik.
MIZZ LAHAR: Seronok lihat ramai yang sudah melancong ke luar negara. Syukur keadaan sudah beransur-ansur pulih.