fbpx

Dua ahli perniagaan didakwa guna alamat Istana Kinta pada kad pengenalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Affendy Abdul Aziz dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini.

IPOH – Dua ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menggunakan alamat Istana Kinta ketika memohonan gantian kad pengenalan diri enam tahun lalu.

Tertuduh, Mohamad Halmi Warajemini, 55, dan rakannya, Affendy Abdul Aziz, 49, bagaimana pun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Norita Mohd. Ardani.

Kedua-dua lelaki itu didakwa memberi maklumat palsu pada butir kad pengenalan iaitu alamat penuh tempat kediaman mereka adalah kediaman diraja Istana Kinta.

Perbuatan itu dilakukan di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pusat Tranformasi Bandar (UTC), Pasar Besar Ipoh, Jalan Dato’ Onn Jaafar pada 26 Oktober 2015.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Subperaturan 25(1)(b) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun, denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Hakim Norita membenarkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin dikenakan ke atas Mohamad Halmi dan Affendy.

Mahkamah juga mengenakan syarat tambahan dimana masing-masing perlu melapor diri di Balai Polis Kempas, Johor Bahru dan Balai Polis Subang Jaya, Selangor setiap bulan sehingga kes selesai. Tarikh sebutan semua kes ditetapkan pada 8 Disember ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI