fbpx

Djokovic tutup mulut status suntikan vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC enggan menyatakan status sama ada sudah mendapat suntikan vaksin atau belum sekali gus bakal menyaksikan pemain No.1 dunia itu akan terlepas aksi Terbuka Australia tahun depan.

CANBERRA – Setiap pemain tenis profesional yang mahu menyertai kejohanan Grand Slam Terbuka Australia diwajibkan untuk mendapatkan vaksin Covid-19 yang lengkap sebelum diberikan kelulusan visa.

Demikian tegas kerajaan Australia susulan isu yang di­timbulkan oleh pemain No.1 dunia dari Serbia, Novak Djokovic yang enggan menyatakan status sama ada sudah mendapat suntikan vaksin atau belum.

Menteri Imigresen Austra­lia, Ethan Hawke berkata, ke­semua pemain luar perlu mendapatkan dua suntikan vaksin sebagai tiket tidak kira status ranking pemain kerana ia telah ditetapkan oleh pelembagaan negara.

“Mereka perlu dua suntikan vaksin untuk berkunjung ke Australia. Syarat ini dikenakan buat seluruh dunia dan bukan termaktub hanya untuk pemain tenis.

“Seperti yang sedia maklum, dua suntikan vaksinasi Co­vid-19 diperlukan sebagai tanda anda sudah lengkap divaksin. Virus ini akan menyerang siapa sahaja tidak kira status anda dan kami perlu berwaspada.

“Ia juga tidak hanya dituju kepada Djokovic tetapi semua mereka yang ingin datang ke Australia perlu berbuat demi­kian,” kata Hawke semalam.

Selain Djokovic, juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Daniil Medvedev dari Rusia dan pemain No.4 dunia yang juga pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2020, Alex Zverev (Jerman) turut dilaporkan enggan menyatakan status vaksin mereka.

Hanya pemain No.3 dunia, Stefanos Tsitsipas dari Greece yang mengesahkan hanya akan menyuntik vaksin sekiranya perkara itu diwajibkan oleh Persekutuan Tenis Antarabangsa (ATP). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI