fbpx

Belanja lebih RM8 juta urus mayat pesakit Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM8.128 juta dibelanjakan untuk perolehan peralatan perubatan terutama bagi pengurusan mayat pesakit Covid-19 di Jabatan Forensik hospital Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negara sejak 2020 hingga 10 September lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, KKM pada tahun 2020 telah membelanjakan kira-kira RM898,000 dan pada tahun ini pula sebanyak RM7.2 juta.

“Daripada RM8.128 juta itu, sebanyak RM6.5 juta daripada jumlah itu telah dibelanjakan bagi urusan penyimpanan mayat pesakit Covid-19 di hospital,” katanya dalam sesi soal jawab pada sidang Dewan Negara semalam.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Juhanis Abd. Aziz mengenai jumlah peruntukan dibelanjakan bagi urusan penyimpanan mayat di hospital yang meninggal dunia akibat Covid-19. – K ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI