fbpx

Bekas pengawal keselamatan kekal ke tali gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seorang bekas pengawal keselamatan kekal dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita  dalam pantang di sebuah apartment di Petaling Jaya, Selangor enam tahun lalu.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat bersama dua lagi hakim iaitu Puan Sri Zaleha Yusof dan Datuk Mary Lim Thiam Suan yang menolak rayuan terakhir Mohd. Azmirul Shamsuddin ,42, selaku perayu.

Rayuan terakhir itu adalah untuk perayu mengetepikan sabitan dan hukuman selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 Oktober 2018 dan Mahkamah Rayuan pada 22 Oktober 2019 mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadapnya.

Ketika membaca penghakiman ringkas, hakim Vernon berkata, meskipun dalam kes ini
saksi pendakwaan ke-14 iaitu ahli patologi tidak menyatakan bahawa bencana tubuh yang dialami oleh mangsa pada lazimnya akan menyebabkan kematian, namun ahli patologi tersebut ada menyatakan bahawa sebab kematian mangsa adalah “suffocation” (sesak nafas).

“Berdasarkan cara mangsa mati dengan keadaan mulut mangsa disumbat selain tangan, kaki diikat dan kemudiannya diletak di bawah timbunan pakaian, telah membuatkan peluang untuk mangsa hidup tipis.Justeru permohonan rayuan perayu ditolak,” kata hakim Vernon.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee manakala tertuduh diwakili peguam G.C Tan.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Azmirul didakwa menyebabkan kematian Rabiatul Adawiah Abd. Aziz, 23, di sebuah apartment di Sungai Way, Petaling Jaya dii sini, pukul 8.22 malam pada 4 Mac 2015.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pada 15 Oktober 2018, Mohd. Azmirul dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah membunuh seorang wanita sedang berpantang.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI