PUTRAJAYA – ‘Baby bump’ atau bahagian perut yang memboyot pada wanita mengandung adalah aurat.
Itu jelas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) bagi menjawab persoalan hukum bagi wanita mengandung menayangkan ‘baby bump’ di media sosial.
Menurutnya, wanita mengandung mestilah menjaga aurat di kawasan berkenaan dengan mengenakan pakaian yang labuh dan longgar supaya tidak menampakkan bentuk tubuh.
“Hukum menayangkan gambar perut memboyot di media sosial adalah tidak selari dengan etika ajaran Islam. Tindakan itu dilihat boleh mengundang fitnah dalam kalangan lelaki ajnabi khususnya dan membawa kepada masalah moral dan akhlak,” katanya hari ini.-K! ONLINE