fbpx

590 penduduk Melaka dipindahkan ke PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MELAKA – Seramai 590 penduduk Melaka di pindahkan ke pusat pemindahan sementara PPS susulan bencana banjir yang melanda negeri ini, sejak petang semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka Lt. Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, kesemua mangsa daripada 155 buah keluarga itu dipindahkan ke sembilan PPS yang dibuka sejak pukul 5.30 petang semalam.

Ujarnya, setakat pukul 8 pagi tadi sebanyak 41 kawasan penempatan telah terjejas dalam bencana berkenaan.

“Mengikut pecahan, di Melaka Tengah seramai 119 penduduk telah dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (Krubong), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Mutahir (103) dan SK Batu Berendam (35).

“Di Jasin, SK Tehel (94), SMK Seri Bemban (80) dan SMK Dang Anum (lapan), manakala di daerah Alor Gajah SK Durian Tunggal (76), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Wah (68) dan Balai Raya Kampung Gadek tujuh mangsa,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI