fbpx

[VIDEO] 2 ekor gajah berkeliaran di Ulu Tiram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua ekor gajah dewasa dilihat berkeliaran di Sungai Tiram Ulu Tiram, Johor semalam. -Foto IHSAN PEMBACA

JOHOR BAHRU – Penduduk gempar dengan kehadiran dua ekor gajah dipercayai berkeliaran dari Batu 14 ½ Sungai Tiram ke kawasan belakang Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) dengan melintasi Taman Perumahan Bandar Tiram.

Kehadiran mamalia itu dirakam pengguna jalan raya serta perkongsian rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum tular dilaman Facebook sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak mengesahkan kejadian yang tular di media sosial itu berlaku.

“Setakat ini, pihak polis tidak menerima sebarang laporan polis mengenai kerosakan harta benda awam dan kemalangan jiwa di kawasan tersebut,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI