SEPANG – Seramai 120 penduduk di 11 kawasan dalam mukim Labu dan Dengkil yang terjejas dengan bencana banjir kilat yang berlaku malam tadi telah ditempatkan di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Pegawai Daerah Sepang, Khairi Azali Ibrahim berkata, ketika ini semua mangsa berada menjalani ujian saringan Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan selepas seorang penduduk yang positif sebelum di pindahkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di mukim Labu dan Dengkil.
“Penduduk sekitar mukim Labu yang didapati positif Covid-19 akan dipindahkan di Balai Raya MPKK Kampung Giching manakala mereka yang positif pula ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Kampung Giching dan Sekolah Rendah Agama Labu Lanjut.
“Bagi Mukim Dengkil pula, Dewan Gemilang Taman Gemilang digunakan sebagai PPS bagi mereka yang positif manakala SRA Kampung Dato Ahmad Razali pula penduduk yang negatif,” ujarnya kepada Kosmo! sebentar tadi.
Khairi Azali yang turut turun padang meninjau keadaan semasa malam semalam berkata, 11 kawasan dalam mukim Labu dan Dengkil telah terlibat dengan banjir kilat. -K! ONLINE.