fbpx

Uncle Kentang mahu berehat, tutup telefon 30 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Uncle Kentang.

PETALING JAYA – Aktivis sosial, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang membuat keputusan untuk berehat daripada menjawab panggilan orang ramai yang memerlukan bantuan.

Uncle Kentang berkata, keputusan itu dibuat kerana dia mahu mengutamakan kesihatan mental dan fizikalnya selepas mendapatkan nasihat daripada doktor.

“Tutup telefon 30 hari, doktor pesan saya mungkin kena penyakit sakit jiwa jika saya terus menjawab panggilan telefon. Satu hari tak kurang 100 panggilan masuk dengan pelbagai masalah.

“Satu lagi WhatsApp, dari kena rogol, kena dera, kena tinggal suami, kena tinggal isteri, anak, sakit kanser, stroke, luka, gelandangan, bil elektrik tak mampu bayar, tak ada makanan, macam-macam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook malam tadi.

Katanya, sepanjang tempoh berehat itu juga, dia mahu menenangkan diri sebelum dapat kembali berkhidmat untuk membantu golongan yang memerlukan.

Bagaimanapun katanya, orang ramai masih lagi boleh berhubung bagi mendapatkan bantuan melalui talian hotlinenya manakala talian kecemasan dibuka untuk kes-kes kemalangan sahaja.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati orang ramai turut menasihatkan aktivis itu untuk berehat dan tidak terlalu memaksa dirinya melakukan kerja-kerja kebajikan.

“Rehat dulu uncle, dah banyak sangat tolong orang. Pergilah bercuti, cari ketenangan untuk diri sendiri. Tuhan selalu bersama orang yang sabar dan tolong orang susah. Semoga cepat sembuh dan jangan putus asa,” kata Karl.

“Hidup ini jangan terlalu ikut arus dunia. Bos rasa okey teruskan, kalau rasa memudaratkan slow-slow. Hidup kita jugak bukan nak puaskan hati semua orang,” kata Hazlin.

“Semoga Uncle dapat relaks dan rehat sebaiknya. Menolong biar ikut kemampuan dan jangan keterlaluan bekerja sampai ianya memudaratkan diri sendiri,” kata Eita. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI