fbpx

Solskjaer jamin turun dengan aksi berbeza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOLSKJAER (tengah) bakal membuat rombakan di bahagian pertahanan bertemu Atalanta selepas mereka tewas kepada Leicester Sabtu lalu. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer memberi jaminan pasukannya bakal menampilkan corak permainan berbeza menjelang aksi Liga Juara-Juara bertemu wakil Itali, Atalanta di Old Trafford awal pagi esok.

Sebagai rekod, skuad The Red Devils ketika ini bergelut dengan masalah prestasi selepas meng­alami kekalahan memalukan 2-4 kepada Leicester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu lepas.

Kata Solskjaer, kemungkinan besar rombakan dalam kese­belasan utama akan dibuat untuk pertemuan menentang Atalanta itu khususnya di bahagian benteng pertahanan yang agak rapuh ketika ini.

“Saya mahu pasukan segera lupakan kekalahan yang lepas dan bangkit untuk memburu tiga mata berharga bertemu Atalanta di laman sendiri. Kesilapan yang sama perlu dikurangkan selain memanfaatkan setiap peluang yang dimiliki.

“Apa yang pasti, kemungkinan besar akan ada rombakan dalam kesebelasan utama sesuai de­­ngan taktikal yang dikehendaki dalam memastikan pasukan dapat meraih kemenangan sekali gus meningkatkan motivasi pa­sukan yang kelihatan tidak begitu­ yakin ketika ini,” katanya.

Mengulas lanjut, pengendali kelahiran Norway itu mengakui pasukannya berdepan cabaran sukar apabila menentang Ata­lanta nanti memandangkan status pasukan Serie A itu selaku pendahulu carta Kumpulan F saingan Liga Juara-Juara selepas mengutip empat mata daripada dua perlawanan.

“Tiada aksi yang mudah dalam pentas Liga Juara-Juara dan persiapan pasukan juga sama se­perti ketika bertemu Young Boys mahupun Villa­real. Namun, kita akui Atalanta adalah pencabar terkuat dalam Kumpulan F dan saya mahu pasukan berwaspada selain berharap kami akan mencapai kemenangan pada aksi itu nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI