fbpx

Projek Empangan Hidroelektrik Nenggiri tetap diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapha Kamal (dua dari kanan) melepaskan peserta konvoi Program Khidmat Masyarakat TNB-Air Asia ke Pos Tohoi dan Pos Gob semalam. - FOTO: AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Projek Empangan Hidroelektrik Nenggiri akan diteruskan meskipun mendapat tentangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebahagian kecil komuniti Orang Asli di sini.

Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) negeri, Mustapha Kamal Yaacob berkata, pihak TNB komited memastikan pembinaan Empangan Nenggiri siap mengikut jadual pada tahun 2026.

Katanya, projek Empangan Nenggiri juga akan memberi impak dan manfaat kepada seluruh rakyat negeri Kelantan.

“Bantahan yang dilakukan oleh penduduk itu adalah perkara biasa, namun yang terlibat secara langsung dengan projek ini memang menyokong.

“Mereka sering bertanya tarikh siap projek ini akan dijalankan. Pihak TNB akan terus memberi penerangan dan perbincangan termasuk sesi libat urus dengan pihak yang tertentu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program pelepasan konvoi Program Khidmat Masyarakat TNB-Air Asia ke Pos Tohoi dan Pos Gob di sini, semalam.

Sebelum ini, projek pembinaan Empangan Nenggiri di sini mendapat bantahan daripada kumpulan yang menentang projek itu apabila didakwa akan menghapus identiti masyarakat Orang Asli dan hubungan mereka dengan alam sekitar.

Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) Mustafa Along berkata, cadangan projek itu akan menyaksikan kehilangan hutan, gua batu kapur dan kampung-kampung di sekitarnya yang seluas 5,384 hektar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI