fbpx

Penghulu kampung perlu ikuti arus digitalisasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (dua dari kanan) menyampaikan telefon tablet kepada salah seorang penghulu kampung sambil diiiringi Borhan (kanan), hari ini.

SHAH ALAM – Semua penghulu kampung di Selangor digesa mengikut arus digitalisasi yang sedang dirangka kerajaan negeri ketika ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pendigitalan pelbagai gerak kerja membuatkan satu-satu kerja dapat dilakukan dengan mudah dan cepat.

“Selangor kini ke arah menjadi sebuah negeri pintar menjelang tahun 2025. Justeru, kita perlu mengorak langkah bagi merealisasikan visi ini.

“Kerajaan negeri mahu memastikan semua pelusuk rakyat Selangor mahir menggunakan telefon pintar dalam melakukan urusan kehidupan harian mereka,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pemberian Telefon Tablet kepada 57 penghulu kampung di negeri itu Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, hari ini.

Jelasnya, setiap penghulu menerima sebuah telefon tablet beserta satu kad sim yang disumbangkan Menteri Besar Selangor Incoprated (MBI Selangor).

Dalam pada itu, Amirudin berkata, tugas penghulu kini makin mencabar dalam menyelesaikan hal-hal yang berlaku terhadap penduduk serta kampung mereka.

“Justeru, pemuafakatan antara penghulu dan penduduk adalah penting dalam menyelesaikan sesebuah masalah,” tegasnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan, Borhan Aman Shah berkata, MBI telah memperuntukkan sejumlah RM150,000 bagi pembelian telefon tablet tersebut.

Menurutnya, penghulu kampung amat memerlukan peranti tersebut bagi melakukan tugas mereka di samping dapat menghadiri mesyuarat yang dianjurkan kerajaan negeri secara maya.

“Dengan adanya peranti, kita mahu semua penghulu dapat menjalankan tugas sebaik mungkin memandangkan mereka juga boleh dianggap sebagai wakil kerajaan negeri kepada penduduk kampung mereka,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI