fbpx

Penganggur disyaki pengedar dadah diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Haki (tengah) menunjukkan sebahagian dadah dan wang tunai yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang penganggur yang disyaki pengedar dadah berjaya diberkas polis dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Lubuk Lesung, Air Putih di sini pada kelmarin.

Dalam serbuan pada pukul 12.10 tengah hari itu, lelaki berusia 34 tahun itu diberkas bersama wang tunai dan 27 pil berwarna merah dipercayai pil kuda yang berjumlah keseluruhan lebih RM80,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, siasatan awal mempercayai suspek terlibat aktif aktiviti pengedaran dadah untuk pasaran daerah ini beberapa bulan lalu.

“Berdasarkan maklumat dan risikan itu, sepasukan polis menyerbu sebuah rumah lalu memberkas suspek.

“Pemeriksaan di dalam rumah tersebut menjumpai 27 pil berwarna merah disyaki pil kuda bernilai kira-kira RM270 dan wang tunai berjumlah keseluruhan RM80,00 dipercayai hasil aktiviti pengedaran dadah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini hari ini.

Mohd. Haki berkata, semakan mendapati lelaki tersebut memiliki lapan rekod jenayah lampau.

Tambah beliau, ujian urin juga mendapati suspek positif dadah jenis metamfetamin dan dia kini sedang ditahan reman sehingga hari ini mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI