fbpx

Messi sudah mula buat permintaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ICARDI tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Messi menyebabkan PSG mahu mendapatkan Aguero. – AFP

PARIS – Penyerang Paris Saint-Germain, Mauro Icardi mungkin terpaksa meninggalkan Paris Januari nanti apabila kelab itu sedang merancang untuk menjadikannya umpanan bagi mendapatkan Sergio Aguero dari Barcelona.

Prestasi Icardi bersama PSG tidak begitu mengecewakan apabila meledak 22 gol selama tiga tahun di kelab berkenaan ketika dia kerap kali memanaskan bangku simpanan dan memulakan aksi sebagai pemain gantian.

Laporan menyebut, individu yang berada di belakang perancangan ini adalah Lionel Messi yang didakwa membuat permintaan kepada pihak pengurusan PSG untuk membawa masuk Aguero.

Hubungan baik antara ke­dua-dua mereka sememangnya sudah diketahui umum dan ia menjadi alasan mengapa bekas penyerang Manchester City itu memilih menyertai Barcelona sebelum Messi membuat keputusan ke Parc des Princes.

Messi ketika ini masih belum dapat menyesuaikan diri bersama kelab baharunya sehingga sedikit sebanyak mengganggu prestasinya yang masih belum berjaya menjaringkan gol dalam aksi Ligue 1.

PSG percaya mereka perlu membuatkan pemenang enam anugerah Ballon d’Or itu gembira untuk dia memberikan aksi terbaik dan salah satu caranya adalah membawa Aguero untuk bermain bersama-sama.

Berbeza dengan Icardi, biarpun pemain itu juga adalah rakan senegara Messi dari Argentina, hubungan mereka agak hambar dan tidak begitu baik, malah ke­serasian antara mereka seakan tidak wujud.

Selain pilihan untuk ke Barcelona, Icardi turut dikaitkan de­ngan perpindahan ke Newcastle United yang sedang membuat rombakan besar-besaran bagi membentuk skuad yang mantap selepas mendapat sokongan kewangan besar daripada pemilik baharu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN