fbpx

JPN siasat dakwaan kematian individu berusia 90 tahun ke atas tak didaftar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah ketika menyampaikan ucapannya secara maya hari ini.

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menubuhkan satu Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat dakwaan kononnya kematian individu berusia 90 tahun dan ke atas di negara ini tidak didaftarkan dalam sistem JPN.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pasukan khas itu akan menyemak dan mengemas kini maklumat dan status individu tersebut bagi mengesahkan status sebenar, sama ada mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia.

Beliau berkata, terdapat 63,620 individu yang berusia 90 tahun ke atas yang masih hidup dalam rekod JPN.

“Antara pendekatan yang digunakan oleh JPN bagi mengesan status mereka adalah dengan menghubungi waris terdekat dan mencari mereka di alamat terakhir yang didaftarkan dengan JPN.

“Sekiranya kita mendapati mereka telah meninggal dunia berdasarkan pengesahan waris atau pihak-pihak tertentu, maka JPN akan mendaftarkan kematian mereka berdasarkan peruntukan perundangan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Hari Pendaftaran Negara Tahun 2021 dan Sambutan JPN 73 Tahun secara maya hari ini.

Hamzah berkata, beliau menyeru kerjasama daripada semua pihak supaya dapat membantu JPN dalam menyelesaikan perkara tersebut.

Dalam pada itu, Hamzah berkata, JPN kini sedang membangunkan Sistem Pengesahan Data Integrasi Kematian (SPDIM), iaitu satu sistem perkongsian pintar antara JPN dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI