fbpx

JKM kesan waris bayi lelaki ditinggalkan tepi ‘baby hatch’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi lelaki yang ditinggalkan di tepi kotak 'hatch baby' Orphancare Johor Bahru, Johor pada 26 September lalu.

JOHOR BAHRU – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam proses mengesan waris kepada seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di kotak perlindungan bayi ‘baby hatch’ Orphancare Johor Bahru pada 26 September lalu.

Pegawai JKM Johor Bahru, Adnan Md. Yassin berkata, bayi berkenaan yang dilahirkan dalam keadaan sempurna itu dipercayai ditinggalkan selepas beberapa hari dilahirkan.

Beliau berkata, bayi yang masih bertali pusat itu diletakkan bersebelahan kotak berkenaan bersama kelengkapan bayi seperti pakaian dan susu bayi.

“Bagaimanapun, tiada sebarang dokumen berkaitan ibu kandung bayi ditemui. Petugas di Orphancare membuat laporan polis susulan penemuan bayi itu keesokkan harinya pada 27 September lalu.

“Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini bagi rawatan lanjut. Sehingga kini, tiada sebarang tuntutan dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Adnan memberitahu, bayi berusia lebih tiga minggu itu dinamakan sebagai Darren.

Katanya, bayi berkenaan kini dalam keadaan sihat dan beberapa keluarga menunjukkan minat untuk mengambil bayi itu sebagai anak angkat.

“JKM masih mempertimbangkan kesesuaian kedua-dua keluarga berkenaan. Kita berharap waris bayi berkenaan tampil bagi membincangkan masa depannya.

“Bagi maklumat lanjut boleh menghubungi Pelindung Kanak-kanak JKM, Zaid Ikhwan Lim di 07-2232606/07-2232607/01111-7535394,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI