fbpx

Jalan ‘tampal’ undang bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebatang jalan yang ditampal dan tidak sekata di kawasan Bukit Jambul di George Town mengundang bahaya.

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah jalan ‘tampal’ yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya di negeri ini.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, tinjauan CAP mendapati jalan berlubang yang ditampal di beberapa laluan utama seperti Bukit Jambul, Bukit Gambir dan beberapa jalan lain di sini didapati tidak rata, berlubang, berbonggol dan permukaannya pecah.

Menurutnya, keadaan jalan tersebut dilihat amat berbahaya kepada penunggang motosikal terutamanya.

“Kemalangan boleh berlaku dengan kenderaan lain ketika mereka (penunggang) mahu mengelak daripada masalah jalan seperti ini.

“Tindakan segera perlu diambil sebelum kejadian tidak diingini menimpa pengguna yang saban hari melalui jalan terbabit terutamanya pada waktu malam dan hujan lebat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, keadaan permukaan jalan yang tidak rata juga boleh merosakkan sistem suspensi dan tayar kenderaan.

Sementara itu, Mohideen berkata, pihak kontraktor perlu bertanggungjawab kerana keadaan jalan berlubang yang berulang kali menunjukkan kualiti kerja yang dijalankan adalah tidak bermutu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI