SELEPAS enam bulan bercerai dengan suaminya, Eryck Amaral, penyanyi Aura Kasih mengakui kehidupan bergelar seorang ibu tunggal kepada seorang cahaya mata sebenarnya sangat sukar.Bagaimanapun, penyanyi yang juga pelakon itu tidak sesekali menyesali perceraian dengan suaminya yang dinikai sejak 2018 lalu itu.
Ujar Aura, selepas bercerai, dia langsung tidak mendengar khabar suaminya, apatah lagi dihubungi lelaki itu untuk bertanyakan khabar anak mereka, Arabella W. Amaral.
“Dia (bekas suami) langsung menghilang. Daripada maklumat yang diperoleh, dikatakan dia kini berada di Brazil.
“Menjadi ibu tunggal itu memang berat. Lebih-lebih lagi apabila anak saya sering bertanyakan tentang bapanya,” kata Aura.
Jelas Aura, dia tidak menyesal dengan keputusan berpisah dengan suaminya atas alasan jarak yang selama ini memisahkan mereka
“Sepanjang pandemik Covid-19, bekas suami tidak boleh kembali ke Indonesia dan lebih memilih untuk bekerja sebagai model di luar negara.
“Jadi lebih baik kami berpisah daripada terus menjalinkan hubungan jarak jauh,” katanya yang tidak menolak jika dipertemukan jodoh baharu suatu hari nanti.