fbpx

Individu tidak divaksin 12 kali ganda berisiko mendapat jangkitan teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Data yang menunjukkan perbezaan risiko bagi mereka lengkap divaksin dengan separa lengkap yang dikongsi KKM di laman Facebooknya hari ini.

PETALING JAYA – Data terbaharu kajian klinikal oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDCs) Amerika Syarikat mendapati orang dewasa yang tidak divaksin adalah 12 kali ganda berisiko mendapat jangkitan yang teruk berbanding mereka yang lengkap vaksinasi.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), data tersebut adalah selari dengan kajian melibatkan lebih 14 juta populasi dewasa di Malaysia yang mendapati vaksinasi lengkap adalah berkesan dalam mencegah risiko jangkitan.

Selain itu kata KKM, ia juga berkesan mengurangkan risiko jangkitan yang teruk sekaligus berkesan mengurangkan kemasukkan ke hospital dan kematian.

“Kajian juga membuat kesimpulan semua vaksin Covid-19 yang digunakan di Malaysia di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah berkesan.

“Justeru, populasi dewasa dan remaja perlu mengambil dan melengkapkan vaksinasi untuk perlindungan diri dan keluarga,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI