fbpx

Dadah pelbagai jenis RM563,000 dilupus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli Mohamed Yoosuf (dua dari kiri) bersama Mohd. Yusri (kiri) menunjukkan antara dadah yang akan dilupuskan esok.

KUANTAN – Polis Pahang melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM563,000 yang dirampas pihaknya dalam tempoh 2008 hingga 2021 di seluruh negeri.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pelupusan melibatkan barang kes yang telah selesai itu akan dilakukan kontraktor bertauliah esok di sebuah pusat pelupusan di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.

“Dadah yang akan dimusnahkan termasuklah heroin seberat 6.07 kilogram (kg), Methamphetamine (2.61 kg), kanabis (869.09 gram), ketamin (94.54 gram) dan Nimetazepam (256.31 gram).

“Turut dilupuskan dadah jenis Yaba (51.82 gram),Estasy (7.93 gram), air ketum (13,779 liter) dan daun ketum (70.5 kg),”katanya pada sidang akhbar sempena majlis pelupusan barang kes di Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Dalam pada itu Ramli berkata, sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini, sebanyak 320 tangkapan dilakukan dalam Ops Sarang dan Ops Jihad Dadah yang dilaksanakan di seluruh negeri.

Katanya,daripada jumlah itu, sembilan tangkapan membabitkan kesalahan mengedar di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952, Seksyen 39A(2) (6 tangkapan),Seksyen 39A(1) (31 tangkapan) dan Seksyen 12(2) (34 tangkapan).

“Selain itu kes tangkapan tersebut turut melibatkan kesalahan di Bawah Seksyen 6 ADB 1952 dengan dua tangkapan, Seksyen 30 Akta Racun 1952 (8 tangkapan),Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 (227 tangkapan) dan Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (3 tangkapan),”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI