fbpx

Ara Johari takut hidup dengan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ara mengakui pendapatan sebagai anak seni turut terjejas pada musim pandemik.

PETALING JAYA – Penyanyi Ara Johari mengakui dirinya masih dihimpit kebimbangan serta kesedihan dalam mengharungi kehidupan sepanjang pandemik Covid-19 ini.

Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari berkata, sama seperti orang lain, dia juga terjejas termasuk dari segi kewangan impak daripada virus tersebut yang melanda negara ini sejak tahun lalu.

Menurut pelantun lagu Bunga itu, pendapatannya menerusi nyanyian dan persembahan pa­ling dirasai terutama semasa negara dalam Perintah Kawalan Pergerakan dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 dan 2 sebelum ini.

“Siapa yang tak sedih pendapatan terjejas. Ramai yang terkesan begitu juga dengan diri saya.

“Saya sendiri tiada persembahan dan hanya boleh buat (kerja)dari rumah. Itu pun bukan selalu ada. Jujur sampai sekarang pe­rasaan risau dan sedih tu masih menghantui diri saya,” katanya.

Ara berkongsi perkara itu pada sidang akhbar secara maya selepas pelancaran muzik video single terbaharunya, Keliru bergandingan bersama penyanyi rap remaja, Lil-J baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Ara membe­ritahu, dia boleh menarik nafas lega kerana mempunyai perniagaan kedai makan dan dibenarkan beroperasi sehingga kini.

“Alhamdulillah saya masih ada kedai makan sebagai sumber pendapatan lain.

“Jadi masih mampu untuk sara dan menampung komitmen bulanan sekiranya kurang atau langsung tiada jemputan persembahan se­cara maya.

“Kalau difikirkan semula, sedih memang sedih, tetapi hidup kena teruskan juga. Kena ingat ada orang lagi susah dan diuji lebih hebat daripada kita.

“Lembah Klang kini sudah pun mema­suki Fasa 4 PPN. Jadi bolehlah kita tarik nafas sedikit. Harap lepas ini lebih banyak kelonggaran diberikan lebih-le­bih lagi kepada golongan anak seni,” kata Ara lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI