fbpx

AILISI Acne Purifying Cream ada racun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Produk berkenaan yang dilaporkan mempunyai racun

PUTRAJAYA – Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan orang awam supaya tidak membeli dan menggunakan produk kosmetik AILISI Acne Purifying Cream kerana dikesan mengandungi racun berjadual iaitu clindamycin.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Norhaliza A. Halim berkata, notifikasi produk kosmetik tersebut telah dibatalkan serta tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

Menurutnya, produk mengandungi clindamycin adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.

“Penggunaan antibiotik (clindamycin) tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan mudarat kepada kesihatan dan boleh meningkatkan risiko kerintangan yang seterusnya mengurangkan keberkesanannya untuk merawat jangkitan pada masa hadapan.

“Orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik ini dinasihatkan segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan sampingan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI