PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di 12 buah negeri petang ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, negeri-negeri yang terlibat ialah Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Di Perak, hujan lebat berserta ribut petir dijangka akan berlaku di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).
“Selain itu di Kelantan pula, keadaan sama diramal melanda Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Kral dan Gua Musang manakala di Terengganu hujan lebat turut akan berlaku di Besut dan Hulu Terengganu,” katanya di sini tadi.
Selain itu katanya, cuaca sama juga akan berlaku di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Bera dan Rompin), seluruh negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan juga Johor.
“Hujan lebat berserta ribut petir juga dijangka akan melanda seluruh Wilayah Persekutuan Labuan dan beberapa kawasan di Sabah seperti Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantal Barat, Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan dan Kudat.
“Cuaca itu diramal akan berlaku sehingga 7 malam nanti,” ujarnya. – K! ONLINE