SEBERANG PERAI – Seorang wanita yang kemurungan ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah pangsapuri di Butterworth di sini pagi tadi.
Difahamkan, mangsa berusia 46 tahun itu ditemui meninggal dunia dalam keadaan kepalanya pecah kira-kira pukul 7 pagi di atas lantai tingkat bawah.
Turut ditemui di tempat mangsa dipercayai terjun adalah sepasang selipar dan cermin mata.
Menurut ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, wanita itu mengalami kemurungan dan sedang dalam rawatan dan bergantung dengan ubatan.
“Dia tinggal dengan keluarga di tingkat lima dan kejadian berlaku ketika semua sedang tidur
“Dia meninggalkan nota di dalam bilik menyatakan mahu pergi jauh dan jika mati, organnya boleh diberikan kepada ahli keluarga,” katanya kepada pemberita hari ini.
Difahamkan mangsa tidak bekerja sejak kira-kira dua tahun lalu dan telah bercerai.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Menurutnya kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. – K! ONLINE