fbpx

Wanita alami sesak nafas semasa daki bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu mangsa yang sesak nafas semasa mendaki Bukit Tunggal di Kampung Gajah pagi tadi.

PASIR SALAK – Aktiviti rekreasi seorang wanita mendaki Bukit Tunggal di Kampong Gajah dekat sini berdepan detik cemas apabila dia mengalami sesak nafas sebelum pengsan pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi semasa mangsa melakukan aktiviti di bukit berketinggian kira-kira 200 meter itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.50 pagi.

Kata jurucakap tersebut, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampong Gajah telah dikerah ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa.

“Mangsa wanita Melayu berusia 36 tahun melakukan aktiviti riadah bersama keluarga sebelum mengalami sesak nafas dan pengsan.

“Anggota bomba menaiki kenderaan pacuan empat roda orang awam sejauh 2.5 kilometer untuk membawa turun mangsa dari bukit berkenaan dan memberikan rawatan awal ” ujar jurucakap tersebut.

Sebaik tiba di kaki bukit, mangsa diserahkan kepada anggota paramedik BBP Seri Iskandar untuk dihantar ke Klinik Kesihatan Kampong Gajah.

Operasi yang diketuai PBK II Megat Mohd. Dahari Megat Jamaluddin tamat sepenuhnya pada pukul 11.40 pagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI