fbpx

Sibuk bercinta, Joy tak layan peminat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOY

NAMA penyanyi Joy tiba-tiba menjadi bahan bualan netizen selepas didakwa jarang meluangkan masa berkomunikasi dengan peminat menerusi platform sembang bersama artis, Bubble.

Netizen mendakwa, penyanyi kumpulan Red Velvet itu kali terakhir menghantar mesej kepada peminatnya sekitar 15 September lalu.

Malah sejak dua tahun lalu, Joy sangat jarang menyapa peminat. Dia sekadar berbuat demikian sebanyak dua hingga ke tiga kali sahaja dalam masa sebulan.

Bubble merupakan platform berbayar yang menyediakan perkhidmatan komunikasi antara peminat dan artis.

Peminat yang melanggan hanya perlu membayar sebanyak 4,500 won (RM15) sebulan untuk melihat mesej yang dihantar artis.

“Dahulu pernah dia hantar mesej selepas 28 hari. Anggota Red Velvet yang lain pun sibuk juga, tapi mereka tetap hantar mesej kepada peminat dengan kerap. Tapi orang ini (Joy) sangat sibuk bercinta sampai tak sempat nak melayan peminat,” kata seorang netizen.

Bagaimanapun, tetap ada sesetengah peminat yang berfikiran positif dengan alasan, Joy yang merupakan kekasih kepada penyanyi Crush itu berkemungkinan terlalu sibuk dengan kerja lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI